Monday, November 23, 2009
Perancangan Rawatan Penagihan Dadah
Assalammualaikum WMT dan salam mesra,
InsyaALLAH dalam perancangan, tahun hadapan TIAF akan berusaha membuka lembaran dengan memperluaskan rawatan berkaitan dadah.
Pihak TIAF sedang berusaha menrekrut belia-belia yang sedang meningkat naik untuk program latihan Rawatan Penagihan Dadah.
Seperti kita maklum, rawatan untuk orang yang menagih dadah antara yang rumit jika tidak kena dengan caranya.
Kaedah rawatan penagihan dadah ini saya terima dari ALLAHyarham 3 orang guru saya.
Teringatkan pesan salah seorang dari mereka, "Hang terima ni, hang kena guna, jangan simpan, kalau tidak sia-sia aku bagi kat hang..". Beliau adalah salah seorang Alim Tasauf di Penang, Tok Su Man.
Makanya, pihak TIAF akan cuba menrekrut belia-belia yang bersungguh-sungguh berminat dengan ilmu rawatan dalam usaha membentuk satu gagasan yang memperjuangkan Islam. ( Bukan terrorist ye..)
Kerana rawatan untuk masalah penagihan dadah, terbahagi kepada 3 bahagian. Tegar, dalam kawalan dan baru bermula.
Untuk 2 yang terakhir, masih boleh diberiselia dalam penjagaan ahli keluarga.
Tetapi jika yang tegar memerlukan rawatan yang intensif.
Penyediaan tempat, bahan dan staf yang akan menjaga. Semuanya melibatkan kos, tenaga dan tempat.
InsyaALLAH, cadangan dari semua dialu-alukan.
Wassalam.

Labels:
Rawatan
Ingat sama tapi tidak sebenarnya
Assalammualaikum WMT & Salam Hormat,
AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH Zat Maha Hebat lagi Maha Berkuasa.
Saya cuba mencuit masa yang ALLAH izinkan ke atas saya untuk menyentuh tentang ANGIN.
Angin ada 4.
Angin Putih, Angin Hijau, Angin Hitam dan Angin Merah. ( Tidak termasuk Angin Kus-kus :) )
Yang paling patut dielakkan adalah Angin Merah. Kalau dalam bahasa penyakit, Angin Ahmar.
Salah faham yang sering berlaku di kalangan kita, apabila orang diserang lumpuh, kita beranggapan diserang angin Ahmar. Nehi Kaabi Nehi.
Lumpuh tidak semestinya Angin Ahmar, tetapi Angin Ahmar semestinya lumpuh.
Jangan kita mudahkan masalah tanpa ada jalan yang sesuai.
Rawatan angin ahmar tidak sama dengan rawatan lumpuh. Berbeza. Harus diingat.
Bagaimana untuk mengesan, terkena lumpuh atau Angin Ahmar? Ada banyak kaedah sebenarnya.
Salah satunya kaedah petua, perhatikan kedudukan tangan pesakit yang terkena, terlangkup tapak tangan ke atas atau ke bawah.
Jika ke atas, bermakna lumpuh. Jika ke bawah, bermakna Angin Ahmar.
Jauh benar perginya, cerita angin jadi angin ahmar pula.
Baik, tentang angin. Sebaiknya harus kita kenali perihal angin, kerana ianya salah satu gangguan yang bersifat meremehkan urusan.
Ada pesakit yang terasa ada sesuatu bergerak-gerak di dalam tubuh. Kalau jumpa yang tidak tahu, hantulah katanya ( Bak kata Abg Belagak, kalau kata tiada hantu, nanti orang kata xpower..hehehe). Kadang-kadang perawat bukan tidak tahu, tetapi, malas untuk ambil endah, perkara kecil, sebab itu jawapan mudah, yang agak menyenangkan, ada gangguan, itu kalau pesakit tidak banyak tanya, kalau banyak tanya, gangguan apa ye? Aduhai.. Bikin pusing gini..
Kita akan bermula dengan angin putih, InsyaALLAH akan saya huraikan lagi.
Cerita Uri pun masih ada 10 episod lagi. InsyaALLAH, berkat kesabaran semua akan saya huraikan satu persatu dengan izin dariNYA.
WALLAHUALAM.

Umum
Saturday, November 21, 2009
Salam Maaf
Assalammualaikum WMT dan Salam Hormat,
Dikesempatan ini sebenarnya saya ingin memohon maaf kepada semua yang ada menghantar E-mail dan SMS pada saya.
Saya pasti ada yang tertanya-tanya, saya tidak layankah e-mail atau sms?
Ish..Ish.. Layan..
Tetapi..
Masa tidak mengizinkan untuk saya respon kembali.
Harap tidak ada yang salah faham.
E-mail dan SMS, 2 perkara ini lambat untuk saya respon. Kalau ada kebuntuan tahap maksima, harap hubungi saya pada talian yang diberikan. Jika ada kelapangan saat itu, saya akan melayan permasalahan anda, jika ada kesuntukan saya akan maklumkan, masa yang sesuai untuk hubungi semula.
Harap yang menghantar E-mail dan SMS tidak kecil hati jika tidak mendapat respon terus dari saya.
Harap maklum.
Sekian dari hamba ALLAH yang jahil ini.

MAJLIS MUNAQASHAH TASAUF & TAREQAT - Siri 2
Assalammualaikum WMT dan salam mesra,
AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH Zat Yang Maha Pemberi lagi Penyayang.
Dalam kesempatan yang ada ini, suka untuk saya mengwar-warkan kursus Tasauf & Tarekat siri 2, berikutan dari kursus yang pertama sebelum ini.
Kursus ini akan dibentang oleh Ustaz Muhammad Hizam Al Ahmadi ( MH - Bsc, Ginger - TAQ).
Berikut adalah maklumat kursus:
Tajuk : MAJLIS MUNAQASHAH TASAUF & TAREQAT - Siri 2
Penyampai : Ustaz Muhammad Hizam Al-Ahmadi

Tarikh : 6hb Dec 2009 (Ahad)
Tempat : No 27 - 1, Jalan knmp 1, Kompleks Niaga Melaka Perdana,
75450, Bukit Katil, Melaka.
Masa : 9am - 5.30pm
Yuran : Yuran : RM 120 – Termasuk :
i) Nota
ii) Jamuan
Jumlah peserta : Maksimum 40 orang sahaja. (Penyertaan dibuka umum kepada
Hamba ALLAH S.W. & Umat Rasulullah S.A.W)
Objektif Kursus :
1) Memperkenalkan ilmu Tasauf dan Tareqat
2) Mendedahkan kepentingannya dalam ibadat seharian dan
fungsinya yang utama serta penting di dalam rawatan
jasmani dan rohani.
3) Memperbetulkan kesalahfahaman orang awam akan
amalan-amalan Tareqat Muktabar.
4) Memperluaskan pengetahuan tentang ilmu yang wajar
diamalkan dalam hidup
Bab-Bab yang akan disyarah dan dibahaskan :
1. HAQIQAT TASAUF & TAREQAT
2. PERINGKAT2 NAFSU DAN DARJAT2 MANUSIA DALAM PANDANGAN
TASAUF.
3. Perbezaan Antara Tasauf Haq Dan Bathil
4. Juga akan membincangkan tentang WIRID AZIM Sidi Sayyid
Ahmad idris, kanzus saadah & tujuan sebenar
selawat-selawat TAJALLI.
5. Dan lain-lain lagi yang berkaitan. InsyaALLAH.
InsyaALLAH pada malam sebelum kursus (5hb Dec) akan diadakan Majlis Zikir Ahmadiah Idrissiah Ad Dandarawiah & Muzakarah yang akan dipimpin oleh Sheikh Mohd Zan (Sheikh MZ), iaitu salah seorang wakil Sheikh Mohd Faiz ( Mursyid Ahmadiah Idrissiah).
Majlis akan bermula selepas Maghrib, berikut adalah maklumatnya:
Majlis Zikir Ahmadiah Idrissiah Ad
Dandarawiah & Muzakarah Tasauf
Pimpinan : Sheikh Mohd Zan Ad Dandarawiah

Tarikh : 5hb Dec 2009
Tempat : Balai Islam, Taman Cempaka, Melaka.
Masa : Maghrib - 12.30 tghmalam
Yuran : RM10 sahaja ( sebagai tampungan jamuan makan malam)
Jika ada peserta kursus yang berminat untuk turut
serta menghadiri majlis ini, yuran kursus adalah RM130.
Kenapa ada bayaran?
Bukan bayaran tetapi sumbangan. Kerana persiapan makan minum adalah diuruskan secara mengupah orang lain, secara kos kasarnya jamuan makan malam Majlis Zikir adalah RM350, makanya adalah lebih molek ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Bagi kemudahan sesama kita, yuran dan pengesahan kehadiran mohon dapat dilakukan seminggu sebelum kursus bagi tujuan edaran nota dan tempahan jamuan.
Yang paling penting adalah pengesahan kehadiran paling lewat seminggu sebelum kursus bagi kemudahan kedua-dua pihak, atas sebab tempat amat terhad. Sms nama penuh dan nombor kad pengenalan pada no.tel yang telah disertakan. Kerjasama dari anda yang berminat amat dihargai.
Bagi yang berminat, yuran boleh dimasukkan terus melalui akaun Maybank 107135037936 (Wan Asrul).
Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-6727627 / 019-6727626.
Semoga mendapat manfaat bagi kita semua dalam usaha mendekatkan diri kepada ALLAH.
Maaf yang tidak terhingga jika ada tersalah silap dari saya yang hina lagi lemah disisi ALLAH.
Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda saya manusia yang serba lemah, daif dan hina tanpa dengan izinNYA.

Kursus
Thursday, November 19, 2009
Berhati-hati saudaraku- Dengan URI
Assalammualaikum WMT dan salam hormat,
AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH zat Kekal tiada akhirnya.
InsyaALLAH saya akan cuba mencari peluang berkongsi tentang berhati-hati.
Berhati-hati dengan apa wahai saudara sekalian?
Berhati-hati dengan amalan.
Kenapa?
Setiap amalan, jika diamalkan tidak kena perletakan niat, walaupun amalan dari Quranul Karim, Zikrul Kareem, kalau nak meninggalkan dunia yang fana ini penuh payah, seperti ada yang sangkut, jangan pelik.
Setiap amalan ada URInya. URI ini adalah yang bersifat malaikat (jika amalan zikir atau Al Quran), berzat dan berasma seperti pengamal, tetapi lebih ke jalan DUNIA, bukan jalan AKHIRAT, makanya, tidak pelik jika kita jumpa pengamal ilmu-ilmu hikmah atau ilmu-ilmu perubatan payah untuk roh dan nyawa meninggalkan jasad, kerana ada jalan DUNIA yang tidak diputuskan, kerana URI bersifat hidup dan lekat selagi tidak diputuskan, maka selagi itulah payah hamba ALLAH tersebut untuk 'pergi'. Orang ingat saka, no no no.. :). Saka lain ceritanya.
Sesiapa yang dipunyai URI ini memang saling tidak tumpah dengan keistimewaan yang diberi pada orang yang menerima Maunah, tidak mustahil umpama ada Karamah. Suspen, memang suspen. :)
Orang yang beramal, kebanyakan tidak sedar sudah di'punyai' URI, hanya segelintir yang sedar, bagaimana? Adanya Mursyid warning.
Amal hizib bukan main, amal zikir bukan main, akhirnya rupa-rupa URI. NauzubILLAH. Ya ALLAH, lindungilah hamba-hambaMU yang ikhlas padaMU.
Amal boleh amal, tapi jangan hentam keromo, asyik kejar fadilat ayat, itu salah satu mengundang URI, asyik persoal bila nak jazam atau bila nak jadi? Ini juga salah satu pengundang URI.
Perasan Mulhim yang datang bagi ilham, rupa-rupanya Si Ajmaun yang baik punya cilok mencelah. NauzubILLAH. Ya ALLAH, terimalah taubat kami yang tidak tahu ini, limpahkanlah hidayahMU supaya kami jelas dalam perjalanan untuk wusul kepadaMU.
Kenapa saya kongsi? Satu kisah, ada pesakit yang jawatan semasa sihathidupnya adalah Imam1, Mengajar Al Quran, mengajar kitab hadith, juga seorang perawat yang merawat secara Islam (suspen x? :) ) tetapi diakhir hayat ALLAHyarham seksa teramat sehingga cakap yang melalut, solat Zohor diwaktu Subuh, tunggang terbalik ibadah, buang air besar merata. Panggil perawat, scan kononnya ada saka, jenuh buang, pengeras jangan cerita, ribu riban habis (Xpelah, bahagian masing-masing). Hampir 3 tahun menderita. Siapa? Tidak perlu cerita siapa, yang penting ambil iktibar. :)
Hendak dijadikan asbab ALLAH hendak mudahkan ALLAHyarham. Cucu beliau hubungi saya, minta tolong tengokkan, tengok bolehlah. Sampai saja, bila dibelek, rupa-rupanya URI. MasyaALLAH, lekat baik punya. :)Ish..ish..ish
Dengan izin dari ALLAH zat Kekal lagi Mulia, dengan kaedah putus URI, selesai saya pulang. Dalam 1jam setengah, cucu ALLAHyarham hubungi saya, 'Ustaz, Ayah saya selamat kembali ke RahmatULLAH, sempat ucap ALLAH, macam yang Ustaz cakap.' Saya jawab bukan saya yang cakap, ALLAH yang berkalam. Saya mana mampu apa-apa.
Ini sebabnya saya malas untuk cerita diari rawatan. Kenapa? Kes yang pelik, melibatkan kaedah yang jarang orang dengar, nanti ada pula orang komen saya sengaja buka cerita nak beritahu saya nie Zuhud dan Alim. Saya tak kisah, tidak mahu campur kerja ALLAH, pasal Alim atau zuhud, sesat atau bidaah, Syirik atau murtad itu kerja ALLAH. Yang saya tahu, ALLAH tuhanku, Muhammad S.A.W Rasul Junjunganku, Islam Agamaku, Redha dan Rahmat ALLAH tujuanku.
Kerana itulah perlunya ada tasauf dalam mendalami ilmu-ilmu hikmah supaya dapat bezakan Mata Batin(Basirah) URI atau Mata Batin (Basirah) NurULLAH.
Apa itu URI?
Bagaimana untuk jadikan URI tidak lekat? Jeng..jeng..jeng..
Salah satunya banyakkan Selawat ke atas Rasul Junjungan S.A.W.
InsyaALLAH akan dihuraikan.

Takzirah
Apa itu MakrifatULLAH? Siapa Ahlinya?
Assalammualaikum WMT dan salam hormat,
AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH zat Wujud lagi Maha Kekal.
InsyaALLAH saya akan cuba mencari kelapangan untuk berkongsi apa itu MakrifatULLAH dan siapa ahlinya?
Kenapa?
Kerana tidak mahu ada yang menyalahfahami akan istilah dan perihalnya.
Adakah jazam berjuta-juta zikir, beratus-ratus ribu ayat ALLAH boleh diletakkan sebagai ahli MakrifatULLAH? ALLAHu..
Jauh sekali salah, tidak sama sekali. Jangan terikut-ikut akan omongan tersebut.
Kenapa?
Maka, jika orang yang sudah jazam berjuta-juta zikir dan ayat- ayat ALLAH boleh diletakkan sebagai ahli Makrifat, maka senanglah rupa-rupanya untuk makrifat kepada ALLAH. MasyaALLAH Wa TabarakALLAH.. Ya ALLAH ampunkanlah hamba-hambaMU yang tidak tahu. Berhati-hati wahai saudaraku.
InsyaALLAH, saya akan bincangkan lebih luas.

Thursday, October 29, 2009
Rawatan Mata
Assalammualaikum WMT & Salam mesra,
AlhamduLILLAH, diberi ALLAH kelapangan serba sedikit dalam meneruskan titipan serba sedikit menjadi santaian sekelian kita.
Kebelakangan ini sering kita mendengar akan masalah perihal mata, baik rabun mahupun kataraks (selaput).
InsyaALLAH, pihak TIAF ada menyediakan rawatan untuk masalah mata, bagaimana yang kalau tidak boleh melihat? InsyaALLAH boleh mencuba. Setakat ini hasil tidak mengecewakan.
Keperluan asas yang perlu disediakan:
1) Pisau tajam yang masih belum digunakan lagi (Pisau baru lah tuhh.. :) )
2) Piring Putih
Keperluan lain, mohon hubungi dahulu sebelum datang untuk rawatan untuk keperluan tambahan yang lain mengikut jenis masalah mata.
InsyaALLAH, semoga usaha dan ikhtiar sesama kita mendapat rahmat dan redha dariNYA.
Segala yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari penentuanNYA ke atas hamba-hambaNYA, sebagai tanda kita makhluk adalah lemah dan tidak sempurna melainkan dengan izin dariNYA.

Subscribe to:
Posts (Atom)